cynthiawongtakyan

Cynthia Wong Wong itibaren Texas itibaren Texas

Okuyucu Cynthia Wong Wong itibaren Texas

Cynthia Wong Wong itibaren Texas

cynthiawongtakyan

Kral Kelson'un Tarihi, Deryni dünyasında mükemmel bir üçlemedir. Bunlar benim en sevdiğim kitaplardan bazıları. Ortam ve psişik yetenekleri seviyorum.

cynthiawongtakyan

Thought it was a bit silly. It raised an interesting theme of the value and skill of reading but it was spoilt by the annoying and slightly unsettling (as she is a real person) portrayal of the Queen.

cynthiawongtakyan

one of the reasons why i don't trust/read harry potter. how could it be better than the black cauldron series?

cynthiawongtakyan

Ini kali pertama aku baca tulisan penulis ini. Terpengaruh dengan review Kak Adhan & Kak Rinn hik3 lalala5 :P Qisya Amni [Qisya] – serius, aku suka betul dengan nama ni. Sangat-sangat comel! Cuma kisah hidup Qisya tidak secomel namanya. Liku-liku perjalanan yang harus ditempuh ada masanya menyesakkan jiwa. Kagum dibuatnya dengan semangat si yatim piatu ini. Qisya dibesarkan oleh keluarga pakciknya setelah kematian ibu bapa dan neneknya. Di rumah pakciknya itu, hanya mak longnya saja yang memandangnya satu macam. Memanglah mak longnya tak berlagak seperti mak tiri yang kejam tetapi kata-katanya sudah cukup melukakan. Sebenarnya aku tercari-cari juga sebab mengapa mak longnya itu tak sukakan Qisya tapi tak berjumpa pula. Mungkin ada yang aku tertinggal. Takpe, nanti aku baca lagi bila-bila :P Qisya dah bertunang dengan Hilmy tetapi sayang tunangnya itu pula kemalangan ketika dia berpatah balik ke kolej untuk mengambil hadiah buat dirinya. Kemalangan itu menyebabkan Hilmy koma dan itu juga punca kepada ibu Hilmy menyingkirkan Qisya daripada keluarganya. Pelik juga kenapa ibu Hilmy tu tak sukakan Qisya yang manis itu. Tetapi bila difikir balik, adatlah tu… tak akan ada sebab kenapa kita suka atau benci seseorang. Ya kan? Dalam mengubat hati yang terluka dengan sikap ibu Hilmy, Qisya dirisik pula oleh seseorang. Siapakah? Azam Jufry. Perghh… gila la kalau tak suka dengan dia! Walaupun gaya mereka merisik dan cara pertemuan Azam Jufry dan Qisya macam sedikit old fashion, tetapi nampak manis betul. Penuh beradat dan mengangkat budaya Melayu itu sebenarnya. Cuma cinta dan kasih Qisya rupanya dah tertumpah sepenuhnya pada Hilmy, jadi akhirnya hubungan itu cukup sekadar abang dan adik. Watak yang buat aku sakit mata adalah Wafi Ilya [Wafi]; abang kepada Hilmy yang jatuh cinta pandang pertama ketika melawat adiknya di hospital. Memanglah jatuh cinta itu tak salah tetapi caranya tu lain benar. Menjengkelkan. Tanpa mempedulikan hati Qisya yang masih bersedih dengan pemergian Hilmy, dia terus saja meminta ibunya meminang Qisya. Memang mementingkan perasaan sendiri. Bukan itu saja, caranya yang kuat cemburu dan mengongkong Qisya buat aku yang rimas. Atas dasar kasihan, Qisya menerima pinangan daripada keluarga Wafi. Aduh! Aku pula yang frust. Mana taknya, aku memang lebih suka Qisya bersama abang Azamnya hehehe :D Tetapi mujur, Wafi sendiri yang memutuskan pertunangan mereka [tak patut aku suka part ni, tapi aku memang suka kih5 :P] Dan pertunangan yang putus buat kali keduanya menyebabkan mak long Qisya naik angin. Qisya yang dah tak mampu bertahan, melarikan diri. Adegan seterusnya? Oh… aku tak akan cerita! [gelak jahat] Apa yang pasti aku memang suka dengan jalan cerita ini. Menguatkan lagi kata-kata jodoh itu rahsia Allah. Benar. Tepat sekali. Plot-plotnya juga cukup membuai rasa. Masam manis pahit… scene nak tangkap nangis, kiranya cukup asam garamnya. Kelakar pun ada lebih-lebih lagi di bahagian akhir-akhir cerita :D Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati? [Blurb novel] Ps: Novel ini dah berjaya buat aku nak mencari novel pertama penulis ini :))